Tips Bisnes Mencuci Rumah

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda berkenaan bisnes khidmat mencuci rumah secara professional yang dijalankan secara sambilan. Alhamdulillah pasaran perniagaan ini amat tinggi dan sehingga kini walaupun saya sudah tidak menawarkan khidmat ini masih terdapat ramai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat saya. Untuk makluman, saya tidak lagi membuat bisnes ini bukan kerana tidak menguntungkan tetapi disebabkan faktor lokasi tempat isteri bekerja memerlukan saya meluangkan masa hujung minggu bersama anak dan isteri.

Bisnes ini telah saya jalankan pada tahun 2009 di mana pada permulaannya saya mengupah pekerja asing yang mempunyai kemahiran menggunakan machine dan chemical cleaning. Lama-kelamaan saya membuat sendiri dan dibantu oleh adik dan abang ipar saya. Bisnes ini boleh dikatakan sangat mudah kerana lebih bersifat pelanggan mencari anda. Anda hanya perlu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti maka pelanggan akan mewar-warkan khidmat anda pada rakan-rakan mereka.
Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan bisnes mencuci rumah :

1)         Perkhidmatan yang ditawarkan
·      Basic Cleaning + Floor Cleaning
o  Sasaran ke atas rumah yang tiada perabut
·      Maintenance Cleaning (bulanan)
o  Sasaran ke atas rumah yang mempunyai perabut (ada penghuni)
Jika anda lakukan secara sampingan digalakkan membuat basic dan floor cleaning sahaja. Untuk yang mempunyai syarikat maka sediakan kedua-dua khidmat yang dinyatakan.

2)         Modal
Anggaran modal adalah RM4,000.00 ke RM5,000.00

3)         Peralatan
No.
Peralatan
Kuantiti
Harga Seunit
1.
Scrubbing Machine C/W (Pad Holder, Scrubbing Brush, Solution Tank)
1
RM 2,500
2.
Wet & Dry Vacuum Cleaner
1
RM 1,500
3.
3M 16” Stripper Pad – Black
2
RM 16
4.
Italy Window Squeegee
2
RM 20.00
5.
Lamb Wool Complete (C)
2
RM 18.00
6.
60 cm Cotton Dustmop Sleevw
1
RM 16.00
7.
60cm Dustmop Frame
1
RM 20.00
8.
Window Scraper
2
RM 5.00
9.
Round Mop
3
RM 10.00
10.
Baldi
3
-
11.
Penyapu
1
-
12.
Pengaut Sampah
1
-
13.
Plastic Bag
1
-

 4)         Bahan Kimia
No.
Bahan Kimia
Kuantiti
Harga Seunit
1.
Multipurpose Cleaner (20 Litre)
1 Drum
RM 40.00
2.
Wax Stripper (20 Litre)
1 Drum
RM 58.00
3.
Toilet Bowl Cleaner (20 Litre)
1 Drum
RM 52.00
4.
236 Polish Shine (20 Litre)
(Jika anda menawarkan khidmat polish)
1 Drum
RM 136.00

5)         Pekerja
·      Minimum 2 orang dan maksimum 3 orang
·      Upah berdasarkan budi bicara anda

6)         Pengangkutan
·      Minimum saiz kereta adalah seperti kereta iswara
·      Paling baik kalau ada van atau 4wd

7)         Kemahiran
·      Memerlukan sedikit kemahiran menggunakan mesin scrub dan penggunaan bahan pencuci

Demikian sahaja perkongsian saya kali ini. Tajuk ini ditulis adalah sekadar memberi panduan dan pendedahan kepada anda untuk mencari duit lebih. Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda di sini. Insya’Allah, saya akan menjawab sebarang soalan yang dikemukakan.

Kursus Asas Baiki Telefon Bimbit

Jika anda berminat membuat bisnes baiki telefon bimbit, sila beri tumpuan dengan maklumat di bawah:

Anda ingin meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai sistem, teknik dan cara membaiki telefon bimbit dengan lebih ringkas, padat, cepat dan tepat???

Siapa yang patut hadir ke Kursus Asas Membaiki Telefon Bimbit?
Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:
Individu yang berminat!
Graduan-graduan yang menganggur
Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!
Belia menganggur
Pemilik-pemilik kedai telefon bimbit!
Individu yang berumur 16 tahun ke atas

video-entry

featured-content

featured-content

featured-content

featured-content